Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Serap sejarah Sabah, Malaysia dalam kurikulum sekolah: Liew
Published on: Thursday, August 31, 2023
Published on: Thu, Aug 31, 2023
Text Size:
Text:
Serap sejarah Sabah, Malaysia dalam kurikulum sekolah: Liew
Liew juga menyatakan bahawa pihak tertentu, sehingga baru-baru ini, masih mempertikaikan tarikh sebenar pembentukan Malaysia.
Kota Kinabalu: Mendidik anak-anak Malaysia mengenai tarikh sebenar Hari Kebangsaan (31 Ogos), Hari Sabah (31 Ogos) serta Hari Malaysia (16 Sept), dan bagaimana peristiwa bersejarah yang penting itu berlaku, harus bermula di sekolah untuk mengelakkan kekeliruan kemudian hari, saran Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau menegaskan bahawa kajian mengenai sejarah Sabah dan Malaysia harus diserap dengan sewajarnya ke dalam kurikulum sekolah.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata buku sejarah dan buku teks, jurnal dan penerbitan lain yang berkaitan perlu memperbetulkan rekod dengan memberikan maklumat tepat supaya generasi akan datang berpengetahuan tentang sejarah bangsa dan perjuangannya untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan Sabah, Liew berkata: “Hari ini (31 Ogos), kita meraikan ‘Hari Sabah’ buat julung kalinya untuk memperingati hari kita merdeka enam dekad lalu, dan memang betul (seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, lebih awal).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita mahu anak-anak kita dan generasi seterusnya membesar dengan pemahaman yang jelas tentang peristiwa penting sejarah tentang Sabah dan Malaysia. Kia tidak mahu mereka belajar perkara yang salah dengan terdedah kepada penyelewengan fakta sejarah.

“Adalah penting bagi semua rakyat Malaysia, muda dan tua, menghargai kenegaraan dan nilai nasionalisme Malaysia. Kita berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme dalam Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.”

Advertisement
Liew, yang juga Adun Api Api, berkata secara asasnya, Sabah mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, dan diberikan pemerintahan sendiri oleh British selama dua minggu.

“Hanya pada 16 September 1963 barulah Sabah menyertai Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia. 

Advertisement
“Tidak ada Malaysia pada 31 Ogos 1963, jadi adalah tidak betul untuk sesiapa menyatakan bahawa Sabah menyertai Malaysia pada hari itu,” katanya.

Liew juga menyatakan bahawa pihak tertentu, sehingga baru-baru ini, masih mempertikaikan tarikh sebenar pembentukan Malaysia.

“Jelas sekali, Malaysia berusia 60 tahun, dan bukan 66 tahun (seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak) kerana Malaysia tidak wujud ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

“Jadi, bagaimana pula Malaysia boleh berumur 66 tahun? Kita tidak boleh memadamkan sejarah,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here