Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tertuduh diperintah bela diri kes edar ganja
Published on: Thursday, August 31, 2023
Published on: Thu, Aug 31, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tertuduh diperintah bela diri kes edar ganja
Sahril didakwa melakukan kesalahan itu pada 8.40 pagi, 21 Julai 2021 di hadapan Nationwide Express Courier Services Bhd, di Pusat Komersial HS di Penampang.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang bekerja sendiri, yang didakwa mengedar 477gm ganja, diperintah membela diri terhadap pertuduhan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelati Parnell mengeluarkan  perintah itu terhadap Mohd Sahril Saharuddin, 29.

Advertisement
Amelati memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Shahril dan memerintahkan dia untuk membela diri terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober untuk pembelaan Sahril.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sahril didakwa melakukan kesalahan itu pada 8.40 pagi, 21 Julai 2021 di hadapan Nationwide Express Courier Services Bhd, di Pusat Komersial HS di Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi di peringkat pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala Sahril diwakili peguam PJ Perira.

Advertisement
Sementara menunggu tarikh perbicaraan diteruskan, Sahril diperintah direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak membenarkan ikat jamin.

Dalam kes lain, seorang lelaki tanpa izin dijatuhi hukuman penjara 13 bulan kerana menyembunyikan motosikal curi.

Marjin Jinur mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan melupuskan motosikal curi Modenas Kriss milik Aniza Maszian di kawasan parkir di Pangsapuri Kondo Universiti 2, Kg Dambai, Manggatal pada 1.30 tengah hari, 16 Ogos.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Marjin menunjukkan kepada polis tempat di mana motosikal curi itu disembunyikan.

Tidak diwakili, Marjin meminta hukuman ringan dan mengaku tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Pendakwaan Inspektor Kelvan Elson Maik memohon hukuman pencegahan dan juga Marjin dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman, yang kemudiannya dibenarkan oleh mahkamah.

Marjin diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.

Sementara itu, Marjin turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengambil dadah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripadanya sementara menunggu laporan ahli kimia.

Lovely menetapkan 16 Oktober untuk e-semakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here