Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kanak-kanak hilang mandi sungai di Tuaran ditemui lemas
Published on: Thursday, August 31, 2023
Published on: Thu, Aug 31, 2023
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kanak-kanak hilang mandi sungai di Tuaran ditemui lemas
Mayat Syaza Wardiah Muesa, 12, ditemukan pada jam 11.47 pagi pada operasi mencari dan menyelamat hari kedua. (Gambar JBPM)
Tuaran: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarga di sungai Kampung Serusop di sini, ditemukan lemas.

Mayat warga tempatan dikenali Syaza Wardiah Muesa, 12, ditemukan pada jam 11.47 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)
Advertisement
yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi SAR hari kedua yang dimulakan jam 6.23 pagi hari ini dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat menemui kedudukan mangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Mayat mangsa ditemui di dasar sungai dengan kedalaman air kira-kira empat meter berhampiran lokasi kejadian".

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dihubungi.

Advertisement
Menurut Qawie, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis pada untuk tindakan lanjut," katanya menambah operasi ditamatkan pada jam 12.10 tengah hari.

Kira-kira jam 2.30 petang semalam, saksi kejadian awalnya menyedari tiga mangsa yang terlibat kejadian. 

Advertisement
Saksi kejadian sempat menyelamatkan dua mangsa namun salah seorangnya dikhuatiri lemas sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa kemudiannya dijalankan dengan melibatkan pelbagai agensi dan orang awam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here