Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua rakan tipu tawaran anak angkat dipenjara 12 bulan
Published on: Friday, September 01, 2023
Published on: Fri, Sep 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua rakan tipu tawaran anak angkat dipenjara 12 bulan
SEREMBAN: Dua rakan dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu seorang lelaki berkenaan tawaran mendapatkan anak angkat, Julai lepas.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap G. Gayatree, 32, yang bekerja sebagai penjaga dan Aliyah Begum Selvam, 30, penghantar makanan, dan memerintahkan kedua-dua wanita itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Advertisement
Mereka didakwa bersama-sama menipu seorang lelaki berusia 37 tahun dengan menawarkan urusan pengambilan anak angkat dan meminta mangsa membuat tujuh kali transaksi pemindahan wang berjumlah RM7,900 ke dalam satu akaun bank.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Arah Sendayan di sini pada 15 Julai lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, selain sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah berurusan dengan Gayatree pada tarikh tersebut selepas diberitahu terdapat bayi perempuan untuk dijadikan anak angkat yang berasal daripada keluarga susah dengan pembayaran pendahuluan sebanyak RM4,000 dimasukkan ke satu akaun bank.

Advertisement
Lelaki itu kemudian membuat pembayaran berkenaan sebelum dia diminta membuat beberapa kali pembayaran lagi ke dalam akaun bank sama dengan keseluruhan berjumlah RM7,900, namun sehingga kini mangsa tidak menerima anak angkat yang dijanjikan dengan pelbagai alasan oleh tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran manakala kedua-dua tertuduh.

Advertisement
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) J. Dasene yang mewakili kedua-dua wanita itu merayu hukuman minimum kerana mereka menanggung keluarga dan mempunyai masalah kesihatan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here