Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tempoh sah laku sijil kursus praperkahwinan masih peringkat cadangan: Jakim
Published on: Friday, September 01, 2023
Published on: Fri, Sep 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tempoh sah laku sijil kursus praperkahwinan masih peringkat cadangan: Jakim
PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam selama 10 tahun bermula 1 Okt ini (2023) seperti yang dilaporkan masih di peringkat pertimbangan, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

Advertisement
Jakim memaklumkan cadangan tersebut telah dibincangkan oleh jabatan itu bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

"Ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan," kata Jakim.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada Rabu lepas (30 Ogos), sebuah portal melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata tempoh sah laku sijil kursus berkenaan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) bagi tujuan permohonan Kebenaran Berkahwin JAWI adalah tidak melebihi tempoh 10 tahun.

Pada masa kini, sijil berkenaan sah dan laku seumur hidup.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here