Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah lahir sebagai negara bangsa pada 31 Ogos: Jeffrey
Published on: Saturday, September 02, 2023
Published on: Sat, Sep 02, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
Sabah lahir sebagai negara bangsa pada 31 Ogos: Jeffrey
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan
TAMBUNAN: Hari Sabah yang merupakan Hari Kemerdekaan rakyat Sabah akhirnya disambut dengan penghormatan yang sewajarnya, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Menurutnya, mahu atau tidak, Sabah telah mencapai kemerdekaannya sebagai sebuah negara pada 31 Ogos apabila pemerintahan kolonial British berakhir dan pemimpin tempatan yang dipilih mengambil alih tampuk pemerintahan dan membangunkan negara kita. Peristiwa penting ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Advertisement
“Leluhur kita yang dipilih sebagai penggubal undang-undang dan wakil rakyat yang sebenar telah membuat resolusi sebulat suara pada 8 Ogos 1963 untuk melaksanakan penentuan nasib sendiri dan mengisytiharkan bahawa Sabah merdeka pada 31 Ogos, tidak kira sama ada Malaysia akan dibentuk pada tarikh tersebut.

Keputusan ini selaras sepenuhnya dengan Prinsip 1541 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jadi, kata Jeffrey, Sabah lahir sebagai sebuah negara bangsa pada 31 Ogos, lengkap dengan benderanya sendiri, Lagu Kebangsaan dan perlembagaan.

“Oleh itu, marilah kita bergembira dan meraikan Hari Sabah sebagai peristiwa penting dalam sejarah Sabah – hari kita mengambil alih kuasa untuk mentadbir, membangun dan mengurus hal ehwal kita sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Sabah di sini, Khamis lalu.

Advertisement
“16 hari selepas kita mencapai kemerdekaan iaitu pada 16 September, kerajaan kita bersetuju untuk membentuk Malaysia. Menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk menguruskan perkong-sian ini dengan bijak, supaya kita tidak sekali-kali berkompromi dengan kemerdekaan yang diusahakan oleh bapa pengasas kita dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here