Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis Ranau siasat rakaman video disyaki kes buli 
Published on: Saturday, September 02, 2023
Published on: Sat, Sep 02, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Polis Ranau siasat rakaman video disyaki kes buli 
TANGKAP layar dari video yang tular di media sosial.
RANAU: Polis daerah ini sedang menyiasat video yang tular di media sosial memaparkan kes buli membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai video tersebut yang tular di media sosial berdurasi kira-kira 5 minit.

Advertisement
“Video itu memaparkan rakaman dakwaan buli membabitkan pelajar sekolah yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di sini. 

“Polis Daerah Ranau mengesahkan menerima laporan polis berkaitan kes ini pada 1 September 2023 kira-kira jam 3.26 petang dan polis sedang menjalankan siasatan bagi memastikan tindakan undang-undang diambil,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Simiun, kes itu masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan.

“Pihak polis juga menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh mengaibkan mana-mana individu.

Advertisement
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkan maklumat tersebut kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.

Video tular itu menunjukkan kejadian sekurang-kurangnya tiga pelajar dikepung, dipukul oleh sekumpulan pelajar lain manakala beberapa pelajar dilihat ketawa.

Advertisement
Kejadian serupa berlaku dan dilaporkan pada Julai 2017 di salah sebuah sekolah menengah di sini membabitkan pergaduhan pelajar yang turut dirakam dalam video dan tular di media sosial.

Sementara itu, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat menerusi komen mereka di Facebook berhubung video berkenaan, di mana segelintir pihak meminta pihak berkuasa campur tangan dalam kejadian tersebut.

Ada juga yang mengecam perbuatan yang ditayangkan dalam video tersebut terutama mereka yang terlibat memukul pelajar lain dengan mengatakan kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here