Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Enggan bayar bil penuh: KPDN akan periksa restoran di Kota Kinabalu
Published on: Sunday, September 03, 2023
Published on: Sun, Sep 03, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Enggan bayar bil penuh: KPDN akan periksa restoran di Kota Kinabalu
Pelanggan yang didakwa enggan membayar penuh harga keseluruhan makanan yang dipesan.
Kota Kinabalu: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung pelanggan hanya membayar RM400 daripada bil lebih RM1,000 du sebuah restoran makanan laut di sini dalam insiden yang tular baru-baru ini.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata, pemeriksaan akan dibuat bagi memastikan harga makanan adalah jelas.

Advertisement
Terdahulu, dalam satu hantaran di laman Facebook pada Jumaat, restoran makanan laut itu pada jam 9.30 malam Ahad sebuah keluarga telah menolak untuk membayar penuh harga makanan yang dipesan dengan alasan ia terlalu mahal.

Katanya, pelanggan terbabit hanya membayar sebanyak RM400 daripada RM1,102.20 jumlah bil dan menuntut baki bayaran RM702.20.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiada alasan untuk tidak membayar sedangkan kita sendiri tahu apa menu yang dipesan. Apa pun alasannya harap segera membuat pembayaran selebihnya,” menurut hantaran itu.

Namun pada hari sama, pelanggan terjejas menjawabnya, dan menafikan dakwaan restoran itu.

Advertisement
Pelanggan itu mendakwa pihak restoran tidak menceritakan sepenuhnya keadaan yang berlaku dan menjadikannya seperti pelanggan yang bersalah.

“Kami telah membuat bayaran seperti yang pihak restoran cadangkan. Juruwang di situ yang mencadangkan idea membayar 50-50 (separuh), bukan kami.

Advertisement
“Apabila kami melihat lobster di menu, harganya RM48 per 100 gram yang kami merasakan berada dalam bajet kami, jika kami hanya memesan saiz yang lebih kecil.

“Pelayan restoran juga meyakinkan kami dia hanya akan berikan kami yang kecil dan tidak berat. Tetapi rupanya dia memesan yang beratnya satu kilogram tanpa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu,” katanya dalam hantaran itu.

Sebaik bil tiba, mereka terkejut apabila melihat jumlah keseluruhan harga makanan yang dipesan walaupun hanya tiga ahli keluarga yang makan. 

“Jadi kami memanggil pelayan, berfikir ada kesilapan kerana kami keliru harga lebih tinggi dari yang kami jangka.

“Kemudian juruwang datang dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah dengan restoran membayar separuh dan kami membayar lagi separuh, iaitu kami bayar RM500 dan restoran membayar RM500 dan kami bersetuju. 

“Sebelum kami keluar, juruwang tersebut memulangkan lagi RM100 kepada kami dan memberitahu kejadian ini memang sering berlaku dan ramai pelanggan yang kena kerana tidak diterangkan dengan jelas mengenai harga oleh pelayan yang sama.

“Kami menjangkakan isu itu sudah selesai. Sebagai bukti di resit juga dicetak bayaran sudah dijelaskan,” jelasnya.

Pelanggan itu turut menyertakan video yang menunjukkan pihak restoran yang mencadangkan supaya bayaran separuh dibuat oleh kedua-dua pihak.

Menerusi hantaran itu pelanggan terbabit berharap agar salah faham itu dapat diselesaikan dengan baik dan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here