Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Flag off Kembara Kenali Borneo, Tawau sudah bersedia
Published on: Sunday, September 03, 2023
Published on: Sun, Sep 03, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Flag off Kembara Kenali Borneo, Tawau sudah bersedia
Tawau sudah sedia. Majlis pelancaran jelajah malam ini, dan acara pelepasan program jelajah dijadualkan esok (Isnin) di Bulatan 0km dekat Padang Bandaran Tawau.
TAWAU: Tawau sudah bersedia menerima keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di bandar ketiga terbesar di Sabah itu petang ini (Ahad) bersempena dengan Program Kembara Kenali Borneo.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang berkata pihaknya juga sudah bersedia untuk majlis pelancaran kembara itu pada malam esok, dan acara flag off atau pelepasan kembara berkenaan yang dijadualkan pada Isnin depan (4 Sept).

Advertisement
“Hanya ada sedikit touch up lagi (persediaan), serta raptai penuh (majlis pelancaran) akan dilakukan pada malam ini di Dewan Masyarakat Tawau bagi memastikan perjalanan program teratur serta lancar. Kita sudah bersedia, harap semua berjalan lancar,” katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berharap masyarakat Tawau dapat hadir beramai-ramai ke acara yang diadakan bersempena dengan kembara itu bagi menyambut sendiri keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang berkenan untuk beramah mesra dengan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati persiapan bagi majlis pelancaran Kembara Kenali Borneo dan santapan makan malam Seri Paduka berdua bersama rakyat di Dewan Masyarakat Tawau telah selesai dilakukan.

Pihak MPT juga sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi majlis flag off program Kembara Kenali Borneo di Bulatan 0 KM berhampiran Padang Bandaran Tawau.

Advertisement
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo di Sabah bermula 3 Sept di Tawau diikuti Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan berakhir di Sipitang pada 7 Sept ini sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui Bernama di bandar Tawau melahirkan perasaan teruja dan tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan baginda berdua pada majlis yang diatur nanti.

Advertisement
Penduduk dari Kampung Kalabakan yang terletak kira-kira 160 kilometer dari bandar Tawau, Muhamad Abdul Latip, 70, berkata beliau yakin seluruh penduduk Sabah berbesar hati menerima kunjungan Seri Paduka berdua ke Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Ini kali pertama Seri Paduka berdua menjelajah Sabah dan berjumpa rakyat, saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu Seri Paduka berdua pada flag off konvoi nanti. Saya berdoa semoga Malaysia kekal aman di bawah naungan Seri Paduka berdua,” kata pesara kerajaan itu.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here