Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga emas cedera dalam kebakaran rumah di Tawau
Published on: Sunday, September 03, 2023
Published on: Sun, Sep 03, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Warga emas cedera dalam kebakaran rumah di Tawau
PASUKAN BBP Tawau ketika memadamkan kebakaran di Kg Tanjung Batu Laut yang memusnahkan dua rumah dan sebuah kereta.
TAWAU: Seorang lelaki warga emas, 78, cedera dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Lorong Hassan Rajiki, Tanjung Batu Laut pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan awal.

Advertisement
Menurutnya, kejadian itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa terbakar sepenuhnya.

Terdahulu, katanya, sepasukan 16 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi bersama empat jentera selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.11 petang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 50 kaki persegi dan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.

“Pasukan menggunakan dua aliran 200 kaki dan empat pancutan daripada sumber air jentera bomba, tangki air dan pili bomba berdekatan,” katanya lagi.

Advertisement
Jemishin berkata, selepas memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.57 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here