PAPAR: Karnival makan buah-buahan tempatan selama tiga hari yang julung kali diadakan di sini, bermula Jumaat hingga hari ini (Ahad) menarik pengunjung dari Lawas, Sarawak dan Brunei Darussalam, kata Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim.
Beliau menjemput semua termasuk dari daerah berhampiran untuk datang menikmati pelbagai buah-buahan yang terdapat di karnival itu bermula jam 9 pagi hingga 9 malam di Plaza Papar 22 di sini.
Antara buah-buahan yang ada, kata Juil ialah rambutan, tarap, durian, kelapa pandan, manggis, langsat, nanas madu, bambangan dan mangga.
Advertisement





