Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan kaji semula pelarasan gaji penjawat awam
Published on: Sunday, September 03, 2023
Published on: Sun, Sep 03, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan kaji semula pelarasan gaji penjawat awam
Gambar fail oleh Bernama
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju melakukan pelarasan tangga gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata ini sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

Advertisement
“Saya tengok pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan,” katanya semasa sesi soal jawab dalam program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata justeru, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji perkara tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam setengah itu dihadiri hampir 4,000 pelajar, pendidik dan orang awam.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here