Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
3,328 atlet sertai pusingan kelayakan Saga 2023
Published on: Monday, September 04, 2023
Published on: Mon, Sep 04, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
3,328 atlet sertai pusingan kelayakan Saga 2023
FAIRUZ bersiap sedia untuk menendang bola sebagai simbolik permulaan perlawanan kelayakan bola sepak Saga 2023 antara Ranau dan Tuaran di padang Sukma, sambil diperhatikan Mansur (kiri, berbaju putih).
Kota Kinabalu: Seramai 3,328 atlet menyertai pusingan kelayakan Sukan Sabah (Saga) 2023 yang berlangsung di enam zon yang berakhir pada Jumaat lalu.

Tawau dengan 777 atlet mempunyai jumlah terbanyak diikuti Pantai Barat Selatan dengan 643, Pantai Barat Utara (626), Pedalaman Atas (506), Sandakan (496), Pedalaman Bawah (280).

Advertisement
Bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, hoki dan sepak takraw dipertandingkan dalam tempoh lima hari bermula 28 Ogos lalu.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan yang hadir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat menyatakan rasa puas hati dengan persiapan dan penganjurannya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menyeru mereka yang berjaya melayakkan diri agar menggandakan usaha sebagai persediaan menghadapi kejohanan sebenar yang akan diadakan di sini di Kota Kinabalu dari 16-22 Disember.

Beliau juga berkata Saga mampu menghasilkan keputusan positif untuk negeri ini walaupun kos yang tinggi.

Advertisement
“Menerusi Saga, kita dapat mengenal pasti lebih ramai bakat atau bakal juara yang akan mewakili Sabah dan bersaing di peringkat lebih tinggi khususnya di Sukan Malaysia (Sukma).

“Walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang agak besar untuk menganjurkan Saga, namun hasilnya amat berbaloi dengan kemunculan ramai atlet terkenal seperti Rayzam Shah Wan Sofian, Andre Anura Anuar, Mohd Eizlan Dahalan dan ramai lagi,” katanya.

Advertisement
Turut hadir bersama Menteri itu semasa lawatannya ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mansur Asun, Timbalan Setiausaha Tetap, Charles William Dabbi, Pengarah Majlis Sukan Sabah, Asneh Mohd Noor dan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Terrance Pudin.

Sementara itu, Mansur turut memuji kakitangan Majlis Sukan Sabah dan semua pihak yang memberikan sokongan bagi memastikan kejayaan pusingan kelayakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here