Kota Kinabalu: AirAsia telah mengenal pasti Sabah dan China sebagai dua pasaran utama mereka.
“Kami yakin ketersambungan kami yang luas akan membolehkan kami menawarkan perjalanan mampu milik untuk tetamu kami sambil kami terus mengembangkan armada dan rangkaian kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.
“Kami gembira untuk menyambung semula laluan Kota Kinabalu ke Hangzhou, menghubungkan dua bandar yang luar biasa ini sekali lagi.
“Kami sentiasa berusaha untuk mengekalkan komitmen kami untuk menyumbang kepada industri pelancongan Sabah yang berkembang pesat melalui rangkaian penerbangan kami yang berkembang di Asia dan seterusnya, dan laluan baharu ini adalah bukti yang jelas untuk itu,” katanya.
AirAsia meraikan satu lagi penerbangan antarabangsa terus ke Kota Kinabalu dari Hangzhou China menandakan penerbangan pertama untuk laluan ini oleh syarikat penerbangan itu selepas berehat selama tiga tahun, Ahad lepas.
Perkhidmatan yang diperbaharui itu akan beroperasi pada kekerapan tiga kali seminggu sepanjang bulan September, menawarkan tetamu AirAsia pilihan tambahan untuk menerokai ketersambungan, AirAsia akan meningkatkan kekerapan kepada empat kali seminggu dari Oktober 2023 hingga Mac 2024, memastikan lebih banyak kemudahan untuk tetamu yang melakukan perjalanan antara kedua-duan bandaraya dalam tempoh perjalanan puncak ini.
Penumpang disambut oleh AirAsia dan Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah.
Bertepatan dengan penyambungan semula laluan ini, AirAsia menawarkan promosi yang tiada tandingan untuk masa terhad sahaja.
Tetamu AirAsia boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke Chengdu, Beijing, Guangzhou, Shenzhen, Guilin, Shantou, Nanning, Taipei, Kaohsiung, Macao, Hong Kong dan banyak lagi untuk tempahan antara 4 September dan 10 September, 2023 dan perjalanan antara 11 Oktober 2023 dan 31 Mac 2024.
Kota Kinabalu ialah hab kedua terbesar AirAsia, menghubungkan bandaraya ini kepada sembilan laluan domestik dan 10 antarabangsa ke/dari China Raya dengan lebih 156 penerbangan setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Guilin, Quanzhou, Guangzhou, Kunming dan Shenzhen, Nanning, Shantou, Kaohsiung, Hong Kong dan Macao; Kota Kinabalu ke Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Beijing dan Macao; Pulau Pinang ke Hong Kong dan Johor Bahru ke Guangzhou.
AirAsia X Malaysia (D7) kini terbang lima laluan ke/dari China dengan lebih 30 penerbangan setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Chengdu (Tianfu), Beijing (Daxing), Shanghai, Hangzhou dan Taipei.