SANDAKAN: Tiga daripada 15 pakej terawal Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah sudah siap sepenuhnya manakala 12 pakej lagi sedang dalam pelaksanaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.
"Kita juga berharap kerja-kerja pembinaan ini akan terus berjalan lancar dan siap mengikut jadual," jelasnya.
"Kita juga berharap bahan binaan seperti Bitumen daripada Shell dan Petronas juga sentiasa mencukupi dan tidak terganggu sepanjang pembinaan ini.”
Dalam hal sama, berkenaan kelewatan sedikit pembinaan kesemua pakej LPB ini juga berkaitan dengan pengalihan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan berharap ia juga akan berjalan lancar.
Tambahnya, secara keseluruhan, terdapat 35 pakej LPB Sabah dan ia dijangka siap pada tahun 2025.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika lawatan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke tapak Pakej Kerja WP29 Moynod ke Sapi Nangoh, Projek LPB Sabah disini pada Selasa.