Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pusat Lestari Kota Kinabalu bakal dapat wajah baharu
Published on: Wednesday, September 06, 2023
Published on: Wed, Sep 06, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Pusat Lestari Kota Kinabalu bakal dapat wajah baharu
PUSAT Lestari KK telah beroperasi di Dewan Masyarakat sejak dua tahun lalu.
SELEPAS dua tahun, Pusat Lestari Kota Kinabalu di Dewan Masyarakat di Ibu Negeri bakal menerima wajah baharu, dengan ruang penyimpanan dan pameran sesuai bagi barangan terpakai yang dibawa ke pusat itu.

Pusat ini, yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), menerima sumbangan barangan terpakai, membeli barang kitar semula - termasuk minyak masak terpakai dan produk kertas - serta menawarkan perkhidmatan pembaikan untuk peralatan elektrik yang rosak.

Advertisement
Jurucakap agensi itu berkata kabin sedia ada, di mana pelbagai barangan diasing-asingkan dan disimpan, telah kehabisan ruang.

“Kami berhasrat untuk menyingkirkan ruang di mana e-sisa disimpan,” katanya.

STRUKTUR konkrit lebih besar akan menggantikan kabin di mana e-sisa disimpan sebagai sebahagian pembaharuan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Struktur konkrit yang lebih luas akan dibina berhampiran Dewan Masyarakat untuk barangan ini.”

Sementara itu, kabin logam untuk pakaian terpakai akan diganti kabin dengan tingkap lutsinar, menurutnya.

Advertisement
“Barangan lama yang lebih bernilai dalam tangan kami akan dipamerkan. Kami berharap dapat menarik pembeli dengan pameran lebih baik diberikan kepada barangan ini.”

Dia berkata sebuah reruai berbumbung juga akan diletakkan di lokasi strategik di Manggatal sebagai pusat pengumpulan baharu bagi sisa elektronik (e-waste) bagi memenuhi keperluan orang ramai di wilayah Utara Kota Kinabalu.

ORANG ramai menyerahkan produk kertas mereka untuk ditimbang sebelum menjualnya kepada Pusat itu

Advertisement
“Sebuah syarikat swasta telah bersetuju untuk menanggung kos pembaharuan Pusat ini di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi 2023.”

Ketika ditanya sejauh mana komitmen firma itu terhadap usaha ini, jurucakap itu enggan mengulas lanjut.

Dia berkata seorang pegawai kanan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK sendiri membawa beberapa wakil syarikat swasta membuat lawatan tapak ke Pusat itu pada hujung bulan lepas.

“Ini memberi kakitangan syarikat itu pemahaman lebih baik mengenai apa yang berlaku di sini.

“Ia juga memberi mereka idea tentang jenis penambahbaikan yang akan dibawakan kepada Pusat itu.”

Jurucakap itu berkata penambahbaikan ini akan dimulakan bulan depan.

DBKK juga membeli balik minyak masak terpakai pada Sabtu

“Ia akan mengambil masa sebulan, atau sebulan setengah, untuk menyiapkannya usaha ini.”

Pusat itu adalah yang pertama seumpamanya apabila ia mula beroperasi pada April 2021, menurutnya.

“Ia diwujudkan mengikut arahan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Kementerian membayangkan membuka 26 Pusat seumpama itu di pelbagai daerah sekitar Sabah.”

Katanya, Pusat kedua kemudiannya diwujudkan di Sandakan oleh Majlis Perbandaran bandar itu.

STAF Pusat itu memeriksa barang kitar semula yang dibawa orang awam.

Selain melayan mereka yang mempunyai peralatan rosak - termasuk komputer dan telefon bimbit - jurucakap itu berkata Pusat Lestari Kota Kinabalu juga menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang mahu kasut atau pakaian mereka dibaiki.

“Kadar bayaran untuk perkhidmatan ini adalah lebih rendah daripada apa yang dikenakan secara komersial,” katanya.

Dia berkata, dua kakitangan DBKK berada di Pusat itu dari Isnin hingga Jumaat untuk menerima sumbangan pakaian terpakai dan barangan elektronik yang tidak diingini daripada orang ramai.

“Dua hingga tiga lagi anggota kami hadir pada Sabtu antara 9 pagi hingga 1 tengah hari untuk melayani mereka yang ingin menjual pelbagai barangan kitar semula, termasuk minyak masak terpakai.

“Perkhidmatan berbeza ini memudahkan ‘semangat hijau’ di sebalik pewujudan Pusat itu. Kami ingin mengubah gaya pemikiran orang awam mengenai barangan terpakai atau tidak diingini.

“Daripada membuang barangan ini, orang ramai harus mempertimbangkan untuk mendermanya supaya ia boleh digunakan semula.”

Untuk tujuan itu, jurucakap itu berkata, DBKK bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk e-sisa yang dikutip oleh Pusat digunakan semula.

“Apabila kami mencapai kuota tertentu, kami menghubungi JAS. Sebuah kenderaan pengangkut berlesen dengan Jabatan kemudian datang untuk mengambil sisa elektronik ini daripada kami.

“Sisa ini kemudiannya dipindahkan ke Semenanjung untuk pemprosesan lanjut.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here