Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Banduan langgar syarat parol dipenjara
Published on: Wednesday, September 06, 2023
Published on: Wed, Sep 06, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Banduan langgar syarat parol dipenjara
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 46N(3) Akta Penjara 1995 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang banduan parol berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana melarikan diri sebelum tamat tempoh Perintah Parol mengikut Seksyen 46N(3) Akta Penjara 1995.

Shazwan Jani mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melakukan kesalahan itu dan tidak mematuhi mana-mana syarat Perintah Parol yang dikeluarkan kepadanya pada jam 12.35 pagi 16 Feb, tahun ini di asrama pekerja City Top Enterprise Sdn Bhd, Batu 5 , Jalan Tuaran, Inanam.

Advertisement
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 46N(3) Akta Penjara 1995 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Shazwan didapati melanggar syarat banduan parol apabila dia didapati tidak berada di asrama oleh pegawai parol berkenaan dan gagal ditemui selepas pemeriksaan dibuat di sekitar kawasan Inanam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shazwan kemudiannya ditahan polis pada 10 Jun lalu atas kesalahan mengikut Seksyen 413A Kanun Keseksaan.

Shazwan yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan sementara pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Advertisement
Dalam kes lain, dua orang masing-masing dipenjara lapan bulan kerana melakukan khianat dengan memotong kabel atas sepanjang 30 meter.

Albert Abel, 31, dan Nor Syuhadah Basik, 23, kedua-duanya menganggur mengaku memotong kabel milik Telekom Malaysia pada 5.40 pagi 28 Ogos lalu di Jalan Lorong Unta 6, Taman Fu Yen, Luyang.

Advertisement
Mereka melakukan kesalahan itu bersama seorang subahat yang masih bebas. Pertuduhan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pihak pendakwaan, Albert, Nor dan rakan subahat mereka dilihat menggulung kabel yang telah dipotong sebelum dua daripada mereka ditahan pekerja syarikat itu.

Perbuatan dua tertuduh telah menyebabkan gangguan bekalan telefon dan internet di kawasan tersebut, kata mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here