Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Formula agihan Belanjawan kekal: Timbalan Menteri Kewangan
Published on: Thursday, September 07, 2023
Published on: Thu, Sep 07, 2023
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Formula agihan Belanjawan kekal: Timbalan Menteri Kewangan
Ahmad berkata, beliau tahu peruntukan pembangunan yang diterima Sabah tahun ini masih tidak mencukupi, kerana Sabah sebuah negeri yang luas dan kekurangan dari segi infrastruktur.
Kota Kinabalu: Belanjawan Kerajaan Persekutuan bulan depan masih berdasarkan pengagihan antara 14 negeri walaupun terdapat gesaan daripada pelbagai pihak agar pengagihannya berasaskan tiga wilayah - Malaya, Sabah dan Sarawak - yang membentuk Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Kerajaan Persekutuan masih belum meneliti pengagihan peruntukan dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan berdasarkan tiga wilayah.

Advertisement
“Itu (agihan peruntukan Belanjawan Persekutuan berdasarkan tiga wilayah) belum diputuskan sedemikian. Kita masih melihat pada negeri (agihan berdasarkan 14 negeri),” katanya ketika ditanya di sidang media yang diadakan selepas beliau mempengerusikan sesi dialog Jelajah Belanjawan 2024 – Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Rabu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here