TAWAU: Seorang suspek pengedar dadah yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dengan melawan arus dalam kejadian di kawasan Jalan Timur pada Rabu lepas (6 September) ditahan polis bersama 2.162 kilogram (kg) Syabu.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek, 30, merupakan warga tempatan yang turut memiliki rekod jenayah melibatkan dadah iaitu Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2016.
Menurutnya, suspek ditahan ketika memandu kereta jenis Proton Satria Neo sekitar jam 12 tengah hari semasa cuba melarikan diri daripada penugasan sekatan jalan raya oleh sepasukan polis IPD Tawau.