Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC lakar kemenangan selesa di Brunei
Published on: Friday, September 08, 2023
Published on: Fri, Sep 08, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC lakar kemenangan selesa di Brunei
JAFRI beraksi semasa perlawanan menentang Brunei pada Rabu lalu.
Kota Kinabalu: Sabah FC melakar kemenangan selesa 3-1 menentang pasukan kebangsaan Brunei dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Padang dan Balapan Stadium Hassanal Bolkiah, pada Rabu lalu. 

Pemain import Brazil, Ramon Machado meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-11 menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari di dalam kotak penalti.

Advertisement
Walaupun menguasai permainan, Sabah FC gagal menambah satu lagi jaringan selepas gol pembukaan. 

Sebaliknya tuan rumah yang menemui jaring apabila Adi Said melepaskan rembatan kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol penyamaan pada minit ke-58.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jafri Firdaus Chew, yang menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebelum itu, mengembalikan kelebihan Sabah FC pada minit ke-69 sebelum pemain gantian Mohd Sappie Ashri menambah gol ketiga pada minit ke-81 dengan rembatan dari jarak dekat.

Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata perlawanan itu merupakan latihan yang baik untuk kedua-dua pasukan memandangkan Brunei sedang bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia, manakala Sabah FC bersiap sedia untuk saingan Piala AFC menentang Hougang United dari Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan H di Stadium Likas pada 21 September.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here