Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
MoU selesaikan isu tiada kewarganegaraan di Sabah diperbaharui oleh tiga negara
Published on: Friday, September 08, 2023
Published on: Fri, Sep 08, 2023
Text Size:
Text:
MoU selesaikan isu tiada kewarganegaraan di Sabah diperbaharui oleh tiga negara
(Berdiri dari kiri) Dr Anitke Nova Sigiro, Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia; Datuk Mariati Robert, Pesuruhjaya Suhakam Sabah; dan Epres Beda Angeles dari Commission on Human Rights Philippines ketika menandatangani Memorandum persefahaman untuk mencari penyelesaian terbaik bagi isu tidak bernegara di Sabah. (Gambar: Disediakan)
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) telah memperbaharui MoU untuk Mencari Penyelesaian Jangka Masa Panjang Kepada Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah.

MoU yang sebelum ini dikenali sebagai MoU Mengenai Isu Tanpa Kewarganegaraan di Sabah akan berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun dari 2023 hingga 2028 dan pertama kali ditandatangani di antara Suhakam dan Komnas HAM pada April 2019 dengan CHRP sebagai pemerhati rasmi. 

Advertisement
Ia kemudiannya diperbaharui sebanyak dua kali dan dilanjutkan sehingga Disember 2022 dengan penglibatan rasmi ketiga-tiga pihak, menurut kenyataan media.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut termasuk mesyuarat peringkat tertinggi dengan Ketua Menteri Sabah dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, kenyataan media bersama, anjuran dialog dalam talian dan lawatan ke sebuah pusat pemindahan untuk orang yang kehilangan tempat tinggal di Filipina.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pembaharuan MoU selama lima tahun ini menggambarkan komitmen semua pihak untuk mempergiatkan kerjasama sedia ada melalui kolaborasi dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam mencari penyelesaian yang kukuh ke arah penambahbaikan situasi hak asasi manusia orang tanpa kewarganegaraan dan orang yang berisiko menjadi tiada kewarganegaraan di Sabah.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here