Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur mengaku tak salah menipu, mencuri
Published on: Friday, September 08, 2023
Published on: Fri, Sep 08, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur mengaku tak salah menipu, mencuri
Tan sebelum ini dirujuk ke Hospital Mesra, Bukit Padang untuk pemerhatian mental.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pelbagai pertuduhan menipu dan mencuri, termasuk mencuri dua jam tangan mewah bernilai RM67,000.

Tan Kok Kwang @ Vincent Brian Tan, 45, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan melakukan kesalahan itu antara 16 Mei dan 16 Jun tahun ini.

Advertisement
Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa laporan psikiatri tertuduh telah diperolehi, yang menyatakan Tan layak untuk membuat pengakuan dan dibicarakan.

Tan sebelum ini dirujuk ke Hospital Mesra, Bukit Padang untuk pemerhatian mental.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan pertama, Tan didakwa menipu Nolin Marauh untuk loket emas dan rantai leher dengan menunjukkan resit palsu pada 11.30 pagi, pada 16 Mei di Kedai Emas Wawasan Goldsmith, Wawasan Plaza di sini.

Tan bagi pertuduhan kedua, didakwa mencuri jam tangan jenama Franck Muller bernilai RM28,000 milik Tay Teck Chin pada 10.45 pagi 19 Mei lalu di Ruang Piano Hotel Grandis, di sini.

Advertisement
Bagi pertuduhan ketiga, Tan didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex bernilai RM39,000 milik Teo Bee Khee pada 4.30 petang 21 Mei di ON23 Sky Bar Hyatt Centric di sini.

Tan bagi pertuduhan keempat, didakwa menipu Wan Zaharah Zulhasim untuk membayar deposit sewa rumah yang bukan miliknya di Taman Impian, Inanam, menyebabkan Wan memindahkan wang RM3,500 ke dalam akaun bank tertuduh di Inanam antara 11.28 pagi dan 11.32 pagi pada 8 Jun.

Advertisement
Bagi pertuduhan kelima, Tan didakwa mencuri tiga tilam saiz queen dan sebuah katil, dua penghawa dingin, dua pemanas air, meja sisi katil, peti sejuk, satu set sofa, kabinet televisyen, almari, dua meja kopi, dapur gas, papan seterika, pinggan mangkuk, kuali dan sudu serta kerusi plastik milik Rowenna Romedius pada 10.20 pagi 16 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Impian, Jalan Kg Nountun, di sini.

Pertuduhan pertama dan keempat didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu tahun dan 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan, manakala pertuduhan kedua dan ketiga mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kelima didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000, manakala peguam Nelson Angang yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan rendah.

Mahkamah melepaskan Tan dengan ikat jamin RM2,000 berserta dua penjamin bagi setiap pertuduhan, dan menetapkan 19 Sept untuk pengurusan kes bagi pertuduhan kedua dan ketiga manakala kes pertuduhan pertama, keempat dan kelima ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Sept.

Dalam kes lain, seorang ejen penapis air meminta dibicarakan bagi tuduhan menyimpan barang curi.

Md Fadzrull Imam, 29, didakwa menyimpan dompet curi milik Malak Rugalson pada 7 malam 1 Sept di Kg Lembising, Putatan. Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Stephanie menetapkan 19 Sept untuk pengurusan kes pra perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here