Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kakitangan maut: SESB, juruteknik diperintah bela diri
Published on: Friday, September 08, 2023
Published on: Fri, Sep 08, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kakitangan maut: SESB, juruteknik diperintah bela diri
SESB didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangannya, Jacklye Mairin, 32, semasa dia sedang melakukan kerja penyelenggaraan menukar pin penebat di talian voltan tinggi, di mana dia terkena renjatan di tiang elektrik berkembar tidak bernombor SESB. 
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diperintah membela diri terhadap pertuduhan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangannya semasa bekerja.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus memberi perintah itu kepada SESB selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap SESB, yang diwakili oleh pengurus kawasannya.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 19-20 Sept tahun ini untuk pembelaan SESB.

SESB didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangannya, Jacklye Mairin, 32, semasa dia sedang melakukan kerja penyelenggaraan menukar pin penebat di talian voltan tinggi, di mana dia terkena renjatan di tiang elektrik berkembar tidak bernombor SESB.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jacklye meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Kg Langkon, Kota Marudu pada 18 Julai 2019 jam 10.32 pagi.

Advertisement
Kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan juruteknik SESB, Safly Ahmad, membela diri atas pertuduhan gagal memberikan perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan mangsa yang sama.

Advertisement
Pembelaan Safly ditetapkan pada 27 Sept tahun ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama dengan SESB.

Safly, 43, didakwa mengikut Seksyen 24(1)(a) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Muhammad Fadzli Masnan dan Jinurah Sintian mengendalikan pendakwaan, sementara peguam Rizwandean M. Borhan mewakili SESB dan peguam Safrin Salleh mewakili Safly.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here