Kota Kinabalu: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata video viral kononnya menujukkan ikan mati di Sabah disebabkan pelepasan sisa toksik di Fukushima, Japan, adalah tidak benar.
Jeffrey, dalam kenyataan media, berkata kementeriannya melalui siasatan Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan isu kejadian kematian ikan viral itu berlaku beberapa minggu lepas di pantai barat Semenanjung Malaysia melibatkan ikan-ikan yang dipelihara dalam sangkar.
“Penyebab kematian di fahamkan oleh kejadiaan algae blooming dan tidak ada kaitan dengan pelepasan sisa toksik,” kata Jeffrey.