Kota Kinabalu: Siasatan sedang dibuat terhadap dakwaan berlaku nepotisme dalam Jabatan Muzium Sabah.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong mengakui ada menerima surat tanpa nama awal minggu ini mengenai layanan pilih kasih yang dikatakan ditunjukkan seorang pegawai kanan Muzium kepada beberapa ahli keluarganya dengan memberi mereka jawatan dalam Jabatan.
“Kami ingin sangat berjumpa dengan penulis surat itu untuk membuktikan dakwaan itu.
Advertisement





