SANDAKAN: Seorang warga tua wanita ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Indah Jaya pada Sabtu, menurut jabatan bomba.
Mayat wanita berusia 76 tahun itu ditemui selepas pihak polis meminta bantuan pasukan bomba untuk membuka jeriji besi pintu kediaman wanita tersebut pada jam 4 petang.
Bomba berkata mereka membuka jeriji besi pintu dengan menggunakan “disc saw” sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.