Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Agong, Raja Permaisuri meneruskan jelajah Sarawak ke Bintulu
Published on: Sunday, September 10, 2023
Published on: Sun, Sep 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Agong, Raja Permaisuri meneruskan jelajah Sarawak ke Bintulu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merakam video sebagai kenangan persembahan daripada Persatuan Kadayan Miri ketika berangkat pulang selepas melawat Miri Handicraft Centre sempena Kembara Kenali Borneo, pada Sabtu. - Bernama
MIRI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan meneruskan perjalanan ke Bintulu pada hari kelapan Kembara Kenali Borneo, hari ini.

Sebelum memulakan perjalanan melibatkan jarak sejauh hampir 200 kilometer (km) dari sini ke Bintulu, kembara konvoi Seri Paduka berdua itu akan mengadakan persinggahan di Pantai Bungai, satu daripada pantai di Bekenu, di sini.

Advertisement
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke Pesta Keramaian Bersama Rakyat di pantai itu yang merupakan antara lokasi tarikan di Daerah Miri, terletak kira-kira 35 km dari sini.

Berangkat sama menyertai konvoi Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara acara bagi mewarnai pesta keramaian yang bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu adalah program kenduri rakyat, sukan rakyat, jualan kraftangan serta santapan tengah hari bagi meraikan kunjungan Kembara Kenali Borneo.

Usai meluangkan masa dan beramah mesra dengan rakyat di pantai berkenaan, Seri Paduka berdua bersama rombongan akan meneruskan perjalanan ke Kampung Penan Muslim, Batu 10, Miri-Bintulu untuk majlis santapan petang serta pengurniaan sumbangan bantuan asnaf di situ.

Advertisement
Seri Paduka berdua turut dijadualkan mengadakan sesi bergambar di Nyabau Interchange, Bintulu sebelum mengakhiri penjelajahan Kembara Kenali Borneo ke hotel penginapan.

Esok, Kembara Kenali Borneo akan meneruskan pengembaraan dengan mengadakan persinggahan di Sibu, Sri Aman dan Kuching sebelum ke Telok Melano, di selatan Sarawak pada 13 Sept.

Advertisement
Kembara Kenali Borneo telah menyambung semula penjelajahan ke Sarawak menerusi Miri dengan beberapa acara dianjurkan untuk meraikan keberangkatan Seri Paduka berdua bersama delegasi, semalam.

Kembara Kenali Borneo untuk merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak, mengakhiri pengembaraan di Sabah, pada Khamis sejak ia bermula pada 3 Sept lepas.

Penjelajahan selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here