TAWAU: Seorang bekas pengurus kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dituduh esok (Rabu) di Mahkamah Khas Rasuah Tawau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM26,000.
Menurut sumber yang disahkan benar oleh SPRM, suspek, 40an, dipercayai melakukan kesalahan itu di antara November 2017 hingga Januari 2018 berkenaan kerja-kerja penggantian paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit.
Tuntutan disyaki dilakukan sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.