TAWAU: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM26,000.00 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, pada Rabu.
Hasnawi Dawi, 48, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas kertas pertuduhan bagi kesemua dakwaan ke atasnya, dibacakan.
Tuntutan tersebut dilakukan bagi tiga projek sedangkan kerja-kerja berkenaan tidak dilaksanakan.