Kota Kinabalu: Demi semangat cintakan negara, warga SK Tombovo di Penampang mencipta jalur gemilang gergasi menggunakan 500 kotak telur terpakai.
Venancy Suimen, guru besar SK Tombovo, berkata pada mulanya idea ini tercetus dengan penubuhan Kelab Alam Sekitar sekolah dan salah satu program yang dicadangkan ialah pembinaan Jalur Gemilang menggunakan bahan kitar semula.
“Sebanyak 3,000 kotak telur dikumpul pada awal bulan Julai, bagaimanapun, kita hanya menggunakan 500 dan sebahagian besar dikitar semula," kata beliau dalam kenyataan media.