KOTA MARUDU: Pemandu maut manakala empat penumpang cedera apabila Toyota Vigo dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Samparita berhampiran Kampung Togudon, Tandek, dekat sini, pada Khamis.
Jabatan bomba berkata simati dikenali sebagai Kellynior Uting, 26 tahun, manakala identiti keempat-empat penumpang yang cedera belum dikenalpasti.
Mayat Kellynior yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba sejurus tiba di lokasi tersebut.