Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Buku teks tidak menceritakan apa yang terjadi pada masa lalu’. Kaji semula mata pelajaran Sejarah, ubah silibus: Madius
Published on: Friday, September 15, 2023
Published on: Fri, Sep 15, 2023
Text Size:
Text:
‘Buku teks tidak menceritakan apa yang terjadi pada masa lalu’. Kaji semula mata pelajaran Sejarah, ubah silibus: Madius
Menurut Madius, buku teks Sejarah tidak menceritakan apa yang terjadi pada masa yang lalu. 
Kuala Lumpur: Kerajaan diseru untuk mengkaji semula mata pelajaran Sejarah bagi memastikan ia mampu menarik minat pelajar dan tidak membosankan.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar), berkata beliau sangat prihatin berhubung perkara itu kerana subjek wajib lulus itu telah menjadi penyebab ratusan ribu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal pada tahun 2022.

Advertisement
“Tuaran sangat hairan bagaimanakah perkara ini boleh berlaku. Sehubungan itu saya mengambil inisiatif mengadakan sedikit kajian tentang silibus digunakan pada ketika sistem pendidikan menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan seterusnya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). 

“Dan apa yang saya dapati buku teks Sejarah itu langsung tidak mempunyai ciri-ciri sebagai Sejarah. Ia sepatutnya suatu cerita. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tetapi apa yang Tuaran dapati ia lebih berbentuk Human Geography,  iaitu bercerita pasal etnik, budaya dan adat istiadat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas pemangkin dasar Kajian Separuh Penggal (KSP) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu lepas.

Advertisement
Ulasan itu menfokuskan kepada dasar pertama KSP RMK12 iaitu Mengukuhkan Bakat Masa Hadapan. 

Menurut Madius, buku teks Sejarah tidak menceritakan apa yang terjadi pada masa yang lalu. 

Advertisement
“Contohnya siapa yang terlibat, apa perbincangannya, bila dan di mana. Semua itu tidak disebut menyebabkan mata pelajaran itu menjadi satu mata pelajaran yang sangat membosankan dan tidak menyeronokkan.  

“Oleh itu pelajar tidak suka, guru-guru tidak seronok dan penyelia-penyelia pun tidak seronok. 

“Pendek cerita, Tuaran mahu agar mata pelajaran ini dikaji semula. Biarlah subjek Sejarah ini dibuat dalam bentuk penceritaan atau story telling tentang kisah benar untuk memberi kesedaran tentang asal usul kewujudan kita, kewujudan negara ini,” jelasnya.

Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu menegaskan untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia, setiap rakyat perlu mempunyai semangat kekitaan yang tinggi terhadap negara ini. 

 “How do we achieve that, we can only achieve that if we have a shared history, we have a shared beginning and for us in this Federation of Malaysia, our beginning is 1963,” tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here