Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Madius gesa kerajaan Sabah tambahbaik sistem governans bekalan elektrik
Published on: Friday, September 15, 2023
Published on: Fri, Sep 15, 2023
Text Size:
Text:
Madius gesa kerajaan Sabah tambahbaik sistem governans bekalan elektrik
Di Sabah, syarikat utiliti ialah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan regulator adalah Suruhanjaya Tenaga Sabah, tetapi pembuat dasarnya masih belum jelas, kata pengerusi SESB tersebut. (Gambar fail Bernama)
Kota Kinabalu: Kerajaan diminta untuk mengadakan perbincangan dan membuat penelitian bagi memastikan sistem governans bekalan elektrik dalam keadaan terbaik apabila syarikat utiliti bekalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diserahkan kepada kerajaan negeri tahun depan.

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata ia bagi memastikan urus tadbir bekalan itu dapat dilaksanakan dengan baik dari segi penjanaan (generation), penghantaran (transmission) dan pengagihan (distribution).

Advertisement
“Di Sarawak, ekosistem governannya sudah mantap. Ada syarikat utiliti iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB), kemudian pengawal selia pelaksana (regulator) iaitu Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,  serta pembuatan dasar iaitu Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak," kata beliau dalam kenyataan media.

“Di Sabah, syarikat utiliti ialah SESB dan regulator adalah Suruhanjaya Tenaga Sabah (EcoS).  Tapi dari segi pembuat dasarnya masih belum jelas."
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here