Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur tunjuk kemaluan kepada wanita dipenjara
Published on: Friday, September 15, 2023
Published on: Fri, Sep 15, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Penganggur tunjuk kemaluan kepada wanita dipenjara
RAZIMAN (tengah) diiring keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman.
TAWAU: Seorang penganggur warga tempatan dihukum penjara setahun di Mahkamah Majistret di sini, Khamis, kerana menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita melalui panggilan video, bulan lepas.

Raziman Ibrahim, 35, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun bahawa dia melakukan perbuatan itu di Kg Tanjung Batu Keramat, lebih kurang 3 petang 19 Ogos lalu.

Advertisement
Tertuduh didakwa menunjukkan kemaluannya dengan membuat panggilan video melalui telefonnya kepada wanita berusia 38 tahun itu, dengan niat melakukan perbuatan lucah.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut fakta kes, tertuduh ditahan di sebuah rumah di Felda Umas sekitar 4.25 petang 10 September lalu susulan laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa tertuduh selalu membuat gangguan seksual melalui panggilan video kepadanya.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dengan niat melakukan perbuatan lucah.

Advertisement
ASP Nur Intan Jamrin tampil mendakwa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here