Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kundasang selamat untuk pelancong: Polis
Published on: Saturday, September 16, 2023
Published on: Sat, Sep 16, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Kundasang selamat untuk pelancong: Polis
Menurut Simpun, tapak pembinaan Balai Polis Kundasang baharu telah pun diluluskan Majlis Daerah Ranau (MDR) selain kebenaran memindahkan kabin balai polis itu ke tapak sementara.
RANAU: PDRM Ranau memberi jaminan tahap keselamatan di sekitar kawasan pelancongan tanah tinggi Kundasang sentiasa terjamin untuk pelancong dari dalam dan luar negara.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, polis akan sentiasa memastikan kawasan pelancongan di tanah tinggi Kundasang selamat dan memberi keselesaan kepada setiap pelancong dan masyarakat setempat.

Advertisement
“Rondaan keselamatan serta program mendekati masyarakat bagi memastikan kehadiran polis khususnya di kawasan pelancongan utama akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjaga keselamatan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa beliau dan pegawainya menganjurkan Program Kepolisan Komuniti di sekitar tamu mingguan Pekan Kundasang pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam program itu, Simiun bersama Pegawai Kanan dan anggota polis turut mengedarkan risalah pencegahan jenayah kepada pengunjung dan peniaga jemputan selain memupuk hubungan mesra dengan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut berharap bangunan Balai Polis Kundasang yang dilengkapi kemudahan, dapat dibina dalam masa terdekat bagi menggantikan bangunan sementara balai polis sedia ada.

Advertisement
Menurut Simpun, tapak pembinaan Balai Polis Kundasang baharu telah pun diluluskan Majlis Daerah Ranau (MDR) selain kebenaran memindahkan kabin balai polis itu ke tapak sementara.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ranau, ASP Jailix Amindang, Ketua Cawangan Khas Daerah Ranau, ASP Helvin Ribus, Ketua Bahagian Logistik Daerah Ranau, Inspektor Rony Ray, skuad Amanita serta pegawai-pegawai kanan serta anggota dari IPD Ranau dan Polis Balai Kundasang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here