Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah terus pegang prinsip perkasa wanita
Published on: Saturday, September 16, 2023
Published on: Sat, Sep 16, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Sabah terus pegang prinsip perkasa wanita
James yang juga Adun Sugut berkata demikian ketika berucap merasmikan Dialog Mengatasi Kekurangan Perwakilan Wanita Dalam Politk di Shangri-La Tanjung Aru di sini, pada Khamis.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri berpegang teguh kepada prinsip memperkasakan wanita dan terus menggalakkan mereka untuk lebih aktif dalam bidang sosial, ekonomi dan politik negeri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib berkata, menyokong dan memperkasakan lebih ramai wanita di Sabah untuk menceburi politik adalah penting kerana kepelbagaian memupuk inovasi, dan pelbagai sudut pandangan meningkatkan kualiti membuat keputusan.

Advertisement
Wanita, katanya, menyumbangkan perspektif, pengalaman hidup dan keutamaan berbeza yang mampu mengubah dasar dan tadbir urus kita, dan kerana itu, potensi yang belum diterokai ini tidak harus diabaikan.

“Apabila kita merenung sejarah Sabah, ternyata wanita telah memainkan peranan penting dalam membentuk asas sosial dan ekonomi negara kita.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, apabila kita mengalihkan tumpuan kita kepada penyertaan politik, ketidakseimbangan ketara dilihat, yang memerlukan pertimbangan yang teliti.

“Atas kapasiti saya sebagai Menteri KPMKR, saya yakin bahawa kemajuan hanya boleh dicapai melalui usaha kolaboratif dan visi bersama untuk memajukan kerajaan kita,” katanya.

Advertisement
James yang juga Adun Sugut berkata demikian ketika berucap merasmikan Dialog Mengatasi Kekurangan Perwakilan Wanita Dalam Politk di Shangri-La Tanjung Aru di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng.

Advertisement
James berkata, memperkasakan wanita untuk mengambil peranan aktif dalam politik bukan sahaja soal keadilan tetapi satu keperluan untuk kemajuan kolektif kita.

“Kita tidak boleh melupakan sejarah kita yang kaya dengan kisah wanita yang telah membentuk identiti negeri kita.

“Dari kebijaksanaan pemimpin bobohizan sehinggalah kepada pengaruh Menteri Babu dan tokoh terkemuka lain, wanita menjadi tunjang masyarakat kita.

“Marilah kita meraih inspirasi daripada warisan ini dan membina masa kini dan masa depan yang selaras dengan semangat mereka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, langkah ke hadapan memerlukan tindakan yang disengajakan dan setiap orang mesti merungkai halangan yang mengehadkan penyertaan wanita dalam politik, sama ada norma masyarakat, halangan struktur atau keraguan peribadi.

“Kita mesti meningkatkan potensi wanita muda, memupuk aspirasi mereka untuk menerajui dalam membentuk komuniti dan negara mereka,” katanya.

“Adalah satu penghormatan untuk berdiri di hadapan anda hari ini ketika kita berkumpul untuk menangani isu yang sangat penting – kekurangan perwakilan wanita dalam arena politik Sabah.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) Jerman kerana menerajui dialog penting ini,” katanya.

Menurutnya, acara itu amat penting, bertepatan dengan Hari Malaysia pada 16 September kerana ia hari yang meraikan perpaduan dan kekuatan negara.

“Dialog ini adalah panggilan untuk bertindak, pelawaan untuk membentuk semula struktur landskap politik kita.

“Ketika kita menghampiri Hari Malaysia, kita diingatkan tentang perjalanan luar biasa negara kita. Ia adalah hari apabila kita memperingati penyatuan budaya dan latar belakang yang pelbagai menjadi satu kesatuan yang harmoni.

“Dialog yang kita mulakan hari ini selaras dengan nilai-nilai yang diwakili Hari Malaysia. Ia melambangkan dedikasi kita bersama untuk memupuk keterangkuman, kesaksamaan dan keadilan, nilai yang harus merangkumi semua aspek masyarakat kita, termasuk alam politik,” katanya.

James menambah, daripada ketua negara kepada penggubal undang-undang yang berpengaruh, wanita di seluruh dunia telah memecahkan ‘siling kaca’ dan mengubah landskap politik negara mereka.

“Hari ini, saya ingin menyoroti beberapa wanita luar biasa yang telah meninggalkan kesan yang kekal di pentas dunia, wanita yang kisahnya boleh memberi inspirasi bukan sahaja kepada wanita kita tetapi juga gadis muda kita di Sabah,” katanya.

Beliau menyebut pemimpin wanita di Malaysia seperti Hannah Yeoh, Nurul Izzah, dan Azalina Othman, yang merupakan pemimpin wanita yang luar biasa dalam politik.

“Allahyarham Toh Puan Rahimah Stephens, sebagai calon wanita pertama dan menteri di Sabah, mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah kita.

Datuk Ariah Tengku Ahmad, juga mencipta sejarah sebagai Timbalan Ketua Menteri wanita Sabah pertama pada 1994,” katanya.

Sementara itu, kepada kaum lelaki, beliau berkata sokongan kepada wanita dalam politik bukan bererti melepaskan kuasa, tetapi satu pengiktirafan bahawa kemajuan sebenar adalah usaha kolaboratif, merangkumi semua suara.

“Saya ingin menekankan kepentingan lelaki berdiri untuk menyokong hak wanita dan menangani kekurangan perwakilan mereka. Kemajuan kita sebagai masyarakat berkait rapat, dan apabila wanita berkembang maju, ia memberi manfaat kepada kita semua.

“Kesaksamaan gender bukan semata-mata prihatin terhadap wanita; ia satu kemestian masyarakat. Sebagai lelaki, kita memegang tanggungjawab moral untuk mengangkat, memperkasa, dan berdiri dalam solidariti dengan rakan sejawat wanita kita.

“Adalah penting untuk kita berusaha denu masa depan di mana anak perempuan, adik perempuan, dan ibu kita secara bebas boleh menyumbang bakat dan perspektif mereka kepada arena politik,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi IDS Sabah, Datuk Adeline Leong; Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr Ramzah Dambul dan Pengarah KAS Malaysia, Miriam Fischer.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here