Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki curi peralatan audio sebab ‘suka menyanyi’ dijel setahun
Published on: Saturday, September 16, 2023
Published on: Sat, Sep 16, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki curi peralatan audio sebab ‘suka menyanyi’ dijel setahun
Pengadu melihat seorang lelaki yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Ramil sedang memegang beg kertas putih dan meninggalkan kedai tanpa membuat sebarang bayaran.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 46 tahun yang mencuri satu set pembesar suara dan dua unit mikrofon kerana dia suka menyanyi, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2,000 atau penjara empat bulan.

Ramil Siuh mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, atas pertuduhan mencuri barangan bernilai RM249 itu pada 3.10 petang 4 Sept tahun ini di kedai Larry Enterprise di kompleks beli-belah Centre Point Sabah, di sini.

Advertisement
Kesalahan itu didakwa di bawah  Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar bahawa pada hari tersebut, semasa melayan pelanggan, pengadu mendengar sesuatu dimasukkan ke dalam beg.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengadu melihat seorang lelaki yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Ramil sedang memegang beg kertas putih dan meninggalkan kedai tanpa membuat sebarang bayaran.

Apabila pengadu menjerit ‘pencuri, pencuri’, Ramil kemudian berhenti, meletakkan beg yang mengandungi pembesar suara dan mikrofon itu, dan berkata ‘sory, sory, maaf maaf, aku suka menyanyi bah, itu sebab aku ambil.’ 

Advertisement
Selepas itu, Ramil cuba keluar dari kedai itu tetapi ditahan pengawal keselamatan selepas dimaklumkan pengadu bahawa Ramil mencuri barang di kedai itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu juga menunjukkan Ramil mengambil barang tersebut tanpa membuat pembayaran.

Advertisement
Ramil kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 33 tahun dipenjara 12 bulan kerana mengugut untuk mencederakan seorang wanita, yang kemudian memberinya RM10 kerana ugutan itu.

Azmahal Buhari mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Jamila Gunnong, pada 11 malam 4 Sept tahun ini di Kg Lok Urai, Pulau Gaya, di sini.

Siasatan mendapati Azmahal mengugut akan mencederakan Jamila jika dia enggan memberinya wang.

Bimbang akan keselamatannya, Jamila kemudian memberikan wang kepada Azmahal yang selalu meminta wang daripadanya dan akan menjual barang dari rumah untuk mendapatkan wang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here