Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua PTI guna dokumen palsu kena 14 bulan
Published on: Saturday, September 16, 2023
Published on: Sat, Sep 16, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dua PTI guna dokumen palsu kena 14 bulan
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara 14 bulan kerana menggunakan dokumen palsu.

Abu Bakar Amil, 24, dan Halim Palahuddin, 27, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, kepada pertuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Abu didapati menggunakan surat pengesahan kad permit masuk Jabatan Imigresen Malaysia yang palsu pada 11.45 pagi 19 Jun tahun ini di kawasan Wisma Kebudayaan, di sini.

Dokumen palsu itu bertarikh 21 Ogos 2019.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Halim telah menggunakan salinan sijil kelahiran palsu bernombor siri 961024-12-5343 di bawah namanya pada tengah hari 23 Jun tahun ini di pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan Jabatan Imigresen di Jalan UMS, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan dua pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas hukuman penjara selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nur Syuhada Tuan Mamat dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki berusia 20 tahun dipenjara 10 bulan kerana mencuri pam air milik sebuah syarikat.

Mohammad Amirul mengaku mencuri pam air itu pada 5.30 petang 11 Sept tahun ini di sebuah kilang memproses ketam di Putatan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here