Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KPM buka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam
Published on: Sunday, September 17, 2023
Published on: Sun, Sep 17, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
KPM buka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kepada orang awam. 

Menurut hantaran KPM di Facebook rasminya hari ini, permohonan dibuka  dari 12 Sept hingga 31 Okt ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang pemohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan ini.

Advertisement
“Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temu duga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan,” menurut hantaran itu. 

Menurut KPM, inisiatif itu merupakan satu daripada tujuh langkah kementerian berkenaan dalam mengatasi beban tugas guru yang diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 17 Feb lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Antara syarat yang ditetapkan adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun; mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah, di samping mempunyai pengangkutan sendiri. 

Menurut hantaran itu, lima kategori pemohon ditetapkan KPM iaitu Kategori 1 yang terdiri daripada pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; Kategori 2 (pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi).

Advertisement
Kategori 3 ialah guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara; Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) dan Kategori  5 (kakitangan bukan kerajaan atau pesara kerajaan dan swasta). 

KPM turut memaklumkan, orang ramai boleh menghubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my untuk pertanyaan lanjut. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here