Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MA63: Banyak kejayaan dicapai Kerajaan Sabah diterajui GRS
Published on: Monday, September 18, 2023
Published on: Mon, Sep 18, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
MA63: Banyak kejayaan dicapai Kerajaan Sabah diterajui GRS
Hajiji berkata setelah genap 60 tahun pembentukan Malaysia, negeri Sabah khususnya telah mengecapi pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai banyak kejayaan dari segi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan dalam tempoh dua tahun pertama pemerintahan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya persefahaman dan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dalam
memastikan perjanjian penubuhan Malaysia itu dapat dilaksanakan sebaiknya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Beberapa kejayaan dalam tempoh lebih dua tahun melalui Pelan Pembangunan Hala Tujuh Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor pembangunan ekonomi, yang mana perdagangan Sabah pada tahun lalu mencapai rekod tertinggi dalam sejarah iaitu RM118.1 bilion, berbanding RM87.2 billion pada tahun 2021.

“Peningkatan 35.4 peratus ini adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi yang positif sejak kebelakangan ini dan saya yakin, nilai perdagangan kita akan terus meningkat naik. 

Advertisement
Sabah juga berjaya menarik lebih daripada RM33 bilion pelaburan dan memperoleh hasil RM7 bilion, ini merupakan pencapaian yang tertinggi sejak mencapai kemerdekaan,” katanya di sini malam Sabtu lepas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2023 di Padang Merdeka di sini, disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Advertisement
Hajiji berkata usaha berkenaan akan digiatkan lagi termasuk meningkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah.

“Namun kita tidak pernah berpuas hati, malah akan terus membawa pembangunan dan kemajuan termasuk berusaha menyelesaikan isu serta masalah yang dihadapi rakyat sejak sekian lama di negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata setelah genap 60 tahun pembentukan Malaysia, negeri Sabah khususnya telah mengecapi pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek.

Katanya proses pembentukan Malaysia pada tahun 1963 bukanlah berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia adalah atas segala usaha dan keringat pemimpin-pemimpin ketika itu menempuh pelbagai liku, rintangan dan cabaran untuk merealisasikannya.

Justeru, katanya menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedamaian, keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi kini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here