Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
JKN Sabah lapor polis, nafi rampas bayi di hospital
Published on: Monday, September 18, 2023
Published on: Mon, Sep 18, 2023
By: Bernama, Azmie Lim
Text Size:
Text:
JKN Sabah lapor polis, nafi rampas bayi di hospital
Dr Asits berkata bagi kes bayi dan kanak-kanak yang ditinggalkan atau terabai, pihak hospital akan merujuk kepada Pegawai Pelindung Kanak-Kanak selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah Sabtu lepas membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan kononnya berlaku kes ‘merampas bayi’ di hospital di negeri ini seperti dilaporkan dalam sebuah portal media.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera susulan laporan portal itu Jumaat lalu (15 September) bertajuk “Baby snatching: How stateless mums lose their infants in Sabah hospital”.

Advertisement
Beliau berkata pihak JKN Sabah mendapati dakwaan itu tidak benar dan tidak berlaku di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Sabah.

“Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu memandangkan kes itu dikatakan berlaku di hospital daerah berkenaan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pihak JKN Sabah mengambil perhatian serius berhubung dakwaan tersebut dan memberi jaminan kepada semua pelanggan di fasiliti-fasiliti JKN Sabah bahawa keselamatan dan kebajikan pelanggan adalah keutamaan jabatan.

“Setiap pesakit yang mendapat rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan akan diberi layanan saksama berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia di Malaysia,” katanya dalam kenyataan Sabtu lalu.

Advertisement
Dr Asits berkata bagi kes bayi dan kanak-kanak yang ditinggalkan atau terabai, pihak hospital akan merujuk kepada Pegawai Pelindung Kanak-Kanak selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Katanya JKN Sabah menjamin untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kes tersebut. 

Advertisement
Sementara itu di LAHAD DATU, Ketua Polis Daerah, ACP Dr Rohan Shah Ahmad mengesahkan pada Ahad bahawa polis telah menerima laporan berhubung artikel yang diterbitkan portal berita berkenaan.

Ketika dihubungi Sabtu lepas, Rohan berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada pukul 10.40 pagi Sabtu lalu.

Menurut beliau, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here