Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
11 Nov sebutan kes rasuah penjawat awam, pesara
Published on: Wednesday, September 20, 2023
Published on: Wed, Sep 20, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
11 Nov sebutan kes rasuah penjawat awam, pesara
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-34, Zulfikar yang kini merupakan Juruaudit di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, didakwa menerima suapan yang didakwa diterimanya melalui cek daripada Kilang Sawit Bell Sdn Bhd sebelum wang itu dipindahkan ke akaun dua syarikat atas nama Syarikat Lihot Construction milik ibu Zulfikar, dan Syarikat Sri Atussin Enterprise milik adik lelakinya.
Kota Kinabalu: Mahkamah menetapkan 11 Nov ini untuk sebutan lanjut kes membabitkan seorang penjawat awam dan seorang pesara yang didakwa menerima rasuah serta bersubahat menerima rasuah membabitkan jumlah RM780,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menetapkan tarikh Zulfikar Khomeini Asli, 44, dan Mat Salleh @ Awang Sapong, 67, apabila kes mereka dikemukakan untuk sebutan.

Advertisement
Mereka pada 23 Mei tahun ini secara berasingan meminta dibicarakan bagi 34 pertuduhan terhadap mereka.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-34, Zulfikar yang kini merupakan Juruaudit di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, didakwa menerima suapan yang didakwa diterimanya melalui cek daripada Kilang Sawit Bell Sdn Bhd sebelum wang itu dipindahkan ke akaun dua syarikat atas nama Syarikat Lihot Construction milik ibu Zulfikar, dan Syarikat Sri Atussin Enterprise milik adik lelakinya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan menyatakan bahawa rasuah itu diberikan sebagai dorongan kepada Zulfikar yang ketika itu merupakan seorang juruaudit di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, untuk tidak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kilang Sawit Bell Sdn Bhd berhubung pemalsuan penyata cukai jualan negeri (Borang 4) Kementerian Kewangan Negeri Sabah bagi Mei 2014 hingga Oktober 2015.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 24 Julai 2014 dan 24 Nov 2015 di Malayan Banking Berhad cawangan Sipitang.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menerima suapan itu, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau sehingga RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mat Salleh yang merupakan pembantu tadbir di Unit Cukai Jualan Negeri pada waktu itu, bagi pertuduhan pertama hingga ke-34, didakwa bersubahat dengan Zulfikar untuk menerima suapan itu untuk tujuan, di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Pertuduhan terhadap Mat Salleh didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 17(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali rasuah terbabit, atau sehingga RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan supaya ikat jamin mereka dilanjutkan sementara menunggu kes mereka selesai.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here