SANDAKAN: Satu tumpahan minyak dilapor berlaku di hadapan jalan raya berhadapan Hospital Duchess of Kent Sandakan pagi tadi, menyebabkan beberapa pengguna jalan seperti pemandu motokar dan penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan.
Bagaimanapun, jumlah mangsa terlibat dan punca tumpahan minyak di jalan berkenaan tidak dikenalpasti.
Pasukan bomba juga difahamkan sudah membantu membersihkan laluan berkenaan sejurus laporan diterima.