Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam nafi buat tuntutan palsu RM17,150
Published on: Thursday, September 21, 2023
Published on: Thu, Sep 21, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penjawat awam nafi buat tuntutan palsu RM17,150
MD JAIDI (kiri) selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berusia 52 tahun didakwa mengemukakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan perbekalan peralatan pertukangan kayu berjumlah RM17,150.

Md Jaidi Jaafar Jabau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, kepada pertuduhan terhadapnya pada Rabu.

Advertisement
Md Jaidi didakwa memberikan dokumen palsu iaitu invois syarikat, pesanan penghantaran syarikat bertarikh 3 Ogos 2017 dan pesanan pembelian Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Sabah (MTIB) bertarikh 26 Julai 2017, yang mana butiran pada dokumen itu adalah palsu, di Unit Kewangan MTIB, di sini pada 14 Ogos 2017.

Pertuduhan menyatakan bahawa Md Jaidi yang merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MTIB, mengemukakan dokumen untuk membuat tuntutan perbekalan 49 unit gerudi tanpa wayar, yang sebenarnya tidak dibekalkan sepenuhnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai tuntutan palsu, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan

Mahkamah menetapkan 22 Nov tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan Md Jaidi dengan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Advertisement
Md Jaidi juga diperintahkan melaporkan dirinya ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan sekali sehingga kesnya selesai dan menyerahkan pasport antarabangsanya, jika ada, kepada mahkamah.

Mahkamah juga memberi amaran kepada Md Jaidi supaya tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan dan jika gagal berbuat demikian, jaminannya akan dibatalkan.

Advertisement
Md Jaidi dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam.

Pegawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi dari SPRM hadir untuk pendakwaan manakala Md Jaidi tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here