Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan timbang kenaikan elaun bulanan kakitangan UPPM
Published on: Thursday, September 21, 2023
Published on: Thu, Sep 21, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan timbang kenaikan elaun bulanan kakitangan UPPM
Ketua Menteri mengulangi gesaan agar semua PPM bekerjasama rapat dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada akar umbi, tanpa mengira ideologi politik.
KERAJAAN Negeri akan mempertimbangkan untuk menaikkan elaun bulanan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kami akan menelitinya,” katanya dalam ucaptama kepada 73 pemimpin pembangunan masyarakat (UPPM) sempena Hari Keluarga UPPM (Pejabat Ketua Menteri) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 10 September .

Advertisement
“Tetapi semua mesti bekerja keras untuk membantu merealisasikan agenda pembangunan Kerajaan,” katanya menjawab soalan Pengarah UPPM Datuk Awang Kadin Tang yang membuat permintaan itu dalam ucapan alu-aluannya.

Terdahulu, Hajiji berkata semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) perlu menunjukkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam era teknologi yang serba canggih ini yang mana berita dan maklumat boleh diperolehi dan dikongsi dengan mudah, Ketua Menteri menggesa PPM supaya kreatif dan inovatif dalam menambah baik proses kerja sedia ada bagi memastikan kecekapan dan sistem penyampaian yang berkesan.

“Pada masa sama, anda perlu sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti dan ketelusan, serta sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi,” katanya.

Advertisement
“Saya berharap masalah dan keperluan rakyat di kawasan PPM masing-masing dapat diselesaikan dan dipenuhi. Pelantikan anda bukanlah satu keistimewaan, tetapi anda mempunyai peranan penting dan tanggungjawab yang besar untuk dipikul,” katanya.

Ketua Menteri mengulangi gesaan agar semua PPM bekerjasama rapat dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada akar umbi, tanpa mengira ideologi politik.

Advertisement
“Ini akan memastikan semua orang dalam masyarakat dapat menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan, dan tidak ada yang diketepikan,” katanya.

Sebagai jambatan penghubung antara Kerajaan dan akar umbi, unit PPM dan PPM khususnya perlu proaktif dalam perkongsian maklumat dan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung akan meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan mereka di mata rakyat.

Hajiji berkata PPM mesti mampu menyebarkan dasar-dasar kerajaan, khususnya pembangunan yang dijalankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas menerajui Kerajaan Negeri selama hampir tiga tahun.

Beliau menggesa semua PPM agar sentiasa turun padang mendengar dan berkhidmat kepada rakyat.

“Sebagai warga UPPM, anda mesti peka dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini serta responsif terhadap aduan atau rungutan rakyat. Anda mesti memberi perhatian serius kepada semua ini,” tegasnya.

Mengenai Hari Keluarga itu, Hajiji berkata ia berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga UPPM.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here