Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia: Sabah sasar rangkul kejuaraan lelaki
Published on: Friday, September 22, 2023
Published on: Fri, Sep 22, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia: Sabah sasar rangkul kejuaraan lelaki
PEGAWAI dan pemain pasukan futsal negeri selepas majlis tersebut.
Kota Kinabalu: Pasukan futsal Jabatan Penjara Negeri Sabah menyasarkan untuk merangkul kejuaraan lelaki pada Kejohanan Futsal Antara Negeri Jabatan Penjara Malaysia yang berlangsung di Arena Futsal Yayasan Sabah hari ini bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

Sebanyak 13 pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam pertandingan dua hari anjuran Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Jabatan Penjara Negeri Sabah buat kali pertama.

Advertisement
Roslan Wasli, yang merupakan salah seorang jurulatih kontinjen negeri bersama Billyon Vun dan Belan Kaseh berkata mereka berharap dapat memenangi kejuaraan lelaki dengan kelebihan di tempat sendiri.

Mereka juga menyasarkan sekurang-kurangnya separuh akhir untuk pasukan wanita.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Roslan turut menyeru orang ramai hadir agar memberi sokongan kepada pasukan negeri.

Sementara itu, majlis penyerahan bendera negeri diadakan pada Khamis dan ia disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Abd Rauf Lang Pasih kepada pengurus pasukan Jorennedy Sylvester.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here