HANYA berbaki dua minggu lagi sebelum kumpulan rock tempatan Poseidon memulakan siri jelajah mereka di Jepun bermula 8 Oktober ini.
Bakal bergerak ke negara matahari terbit itu pada 5 Oktober ini, vokalis Poseidon Kaynizam Maskor mengakui mereka semakin berdebar-debar untuk kembali bertemu peminat-peminat kumpulan itu di sana.
Katanya, kali terakhir mereka mengadakan persembahan di Jepun adalah pada tahun 2018.
“Berdebar-debar itu memang ada. Dan dalam masa sama kami sendiri sudah lupa macam mana rasanya bila kami buat persembahan di sana sebelum ini.
Advertisement





