Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penghuni kondo terkilan gangguan bunyi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah
Published on: Friday, September 22, 2023
Published on: Fri, Sep 22, 2023
Text Size:
Text:
Penghuni kondo terkilan gangguan bunyi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah
Difahamkan pada November, acara StyloFest mencetuskan kritikan sama semasa festival tiga hari yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga tengah malam dan diakhiri dengan konsert secara langsung diiringi dengan sorakan dan muzik lantang, yang amat mengganggu khususnya bagi mereka yang bangun awal.
Kota Kinabalu: Penghuni Kondominium Peak Vista dan Kondominium The Peak mendakwa tindakan pihak Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) membenarkan plaza luarnya menjadi lokasi penganjuran acara menyebabkan gangguan bunyi.

Mereka memetik contoh ekspo kereta yang dianjurkan pada 17 Sept yang bertujuan menggalakkan industri pelancongan dan automotif Sabah. Penghuni mengadu bunyi bising berlebihan daripada pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Advertisement
Difahamkan pada November, acara StyloFest mencetuskan kritikan sama semasa festival tiga hari yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga tengah malam dan diakhiri dengan konsert secara langsung diiringi dengan sorakan dan muzik lantang, yang amat mengganggu khususnya bagi mereka yang bangun awal.

“Mereka sepatutnya mengadakan acara bising di dalam bangunan. Kenapa di kawasan terbuka?,” tanya Athanasius Chong Chiew Khian, yang mengetuai jawatankuasa pemilik protem Peak Vista.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mereka juga mempersoal bagaimana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) boleh membenarkan acara bising seperti itu dan sama ada terdapat sebarang pemantauan untuk memastikan pematuhan.”

Beliau berkata penduduk telah menghantar surat guaman berhubung perkara itu kepada SICC, DBKK dan polis.

Advertisement
“SICC dan polis telah menjawab dan bersetuju dengan cadangan mesyuarat bersama kami.

Tetapi kami masih menunggu pengesahan DBKK. Kami menulis dua surat dan melakukan beberapa panggilan susulan, namun masih tiada balasan. Justeru, masih tiada mesyuarat bersama.

Advertisement
“Tetapi SICC sudah berjanji untuk lebih berhati-hati. Jadi kami ambil maklum bahawa mereka akan lebih berhemat apabila membenarkan acara ruang terbuka.

“Sehinggalah acara pelancaran Cars and Urban Lifestyle Trends (Cult) baru-baru ini… bunyinya sungguh dahsyat dari kereta yang diubah suai dengan ekzos yang bising.

Perarakan pelancaran mengelilingi SICC dengan semua kereta itu meligatkan enjin.

“Ini tidak betul, tidak mungkin kereta-kereta itu mempunyai kelulusan sah daripada trafik polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here