Kota Kinabalu: Persatuan Karate Shotokan Sabah (SKAS) semakin cemerlang dalam pertandingan dalam dan luar negara.
Tidak mustahil mereka mempunyai peluang cerah untuk terus menguasai arena sukan pertahanan diri ini pada masa hadapan jika mendapat sokongan semua pihak.
Terbaharu sekali lagi pesaing SKAS mempamerkan bakat luar biasa dan kehebatan mempertahankan diri di pentas antarabangsa dengan menyertai dua kejohanan berprestij yang diadakan di lokasi berasingan.
Dua kejohanan yang diadakan September bulan ini ialah Karate Antarabangsa Magelang 1 yang diadakan di Indonesia dan Piala Hanshi 3.0 di Keningau. Kedua-dua kejohanan dalam kategori Kumite.
Dalam acara pertama Kejohanan Karate Antarabangsa Magelang 1 yang diadakan di Indonesia, atlet SKAS menunjukkan kecemerlangan mereka dengan memperolehi dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.
Pesaing hebat Muhammad Haqeem Rayyan memberikan persembahan cemerlang dengan memperoleh satu perak dalam acara utamanya dalam kategori +76kg bersama-sama dengan satu emas dan satu perak dalam Perlawanan Festival.
Seorang lagi peserta berpotensi Izz Daniel Jauw turut mempamerkan kemahiran luar biasa selepas memperoleh satu gangsa dalam acara utamanya dalam kategori -61kg dan satu emas dalam Perlawanan Festival.
Dalam Piala Hanshi 3.0 yang diadakan di Keningau, atlet SKAS terus cemerlang dengan dua beradik Eidelweiss Franzel Fancey Sami membawa pulang pingat gangsa dan Fanz Xavier Sami meraih emas.
Presiden SKAS Simon Chia Presiden ketika mengulas kejayaan anak-anak didiknya berkata, Kejohanan Karate Antarabangsa Magelang 1 menyediakan peluang yang sangat baik untuk mendedahkan pejuang remaja Sabah kepada kumpulan bakat yang lebih luas.
“Ia merupakan pengalaman yang membuka mata bagi kebanyakan mereka dan saya yakin ia telah meningkatkan kemahiran mereka dengan begitu ketara,” katanya menambah betapa bangganya dia sebagai ketua dengan kejayaan mereka.
Chia tidak menafikan kejayaan pasukannya itu disertai dengan usaha kerja keras dan komitmen mereka untuk menang dan akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kejohanan mereka yang akan datang.
Beliau berterima kasih kepada persatuan, ibu bapa dan atlet atas sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi mereka ketika perlawanan diadakan.
“Kami tidak mungkin mencapai kejayaan ini tanpa sokongan mereka. Atlet SKAS menunjukkan dedikasi dan kemahiran mereka, memperoleh kutipan pingat yang luar biasa dalam kategori Kumite dan kategori lain,” katanya.
Menurutnya lagi, tahun ini sahaja SKAS menyertai tiga perlawanan antarabangsa dan lima perlawanan peringkat tempatan. Dalam semua perlawanan mereka memperolehi 90 peratus kemenangan dengan pingat.
Kejohanan yang disertai tahun ini di luar negara ialah Bali di Indonesia pada Julai, Pasig City di Filipina (Julai) dan Magelang Indonesia (September).
Sementara itu kata Chia, pelbagai perancangan akan dibuat untuk menambahkan bakal juara kerana daripada 150 ahli SKAS hanya lima peratus atlet yang kompetitif, kata Chia.
Beliau berharap kerajaan Sabah akan melihat dedikasi dan pencapaian anak-anak didiknya untuk tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan yang diperlukan seperti venue kekal untuk perlawanan dan insentif kewangan.