Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
421 geran tanah anak negeri untuk penduduk Tongod
Published on: Sunday, September 24, 2023
Published on: Sun, Sep 24, 2023
Text Size:
Text:
421 geran tanah anak negeri untuk penduduk Tongod
Hajiji bersama Masiung, Bernard dan Nelson bergambar bersama pemimpin masyarakat yang mewakili penduduk kampung menerima geran-geran tanah dan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri pada majlis itu.
Kerajaan Negeri menyerahkan sebanyak 421 geran tanah anak negeri kepada penduduk daripada 15 buah kampung dalam daerah Tongod melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar (1953.15 ekar). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu semasa lawatan kerjanya ke Tongod pada Sabtu.

Advertisement
Katanya, antara kampung-kampung utama yang terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94), Kampung Kironggu (55), Kampung Kotodon (43) dan Kampung Alitang (37). 

Menurutnya, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas) dan baki 78 geran adalah dari proses permohonan tanah biasa. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada 4 buah kampung, melibatkan Kampung Tampasuk seluas 191.214 ekar, Kampung Imbak (17.915 ekar), Kampung Linayukan (39.119 ekar) dan Kampung Namukon (10.00 ekar). 

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tongod, Datuk Masiung Banah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Bernard Liew, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk dan pemimpin masyarakat setempat. 

Advertisement
Terdahulu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod di tapak projek itu. 

Beliau diberi taklimat projek pembinaan bangunan MKN itu oleh Nelson. 

Advertisement
Projek bernilai RM5,101,390 itu dimulakan pembinaan pada Jun 2023 dan dijangka siap pada Disember 2024. 

Hajiji turut menyerahkan Tanah Rizab Tapak Bangunan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod kepada Ketua Daerah Tongod, OKK Jusison Saidin. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here